• Sun. Jun 4th, 2023

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Malaysia bakal menuju negara polis ala diktator- UMMAH

Dec 5, 2022
Spread the love

1.  Kerakusan PM 10 yang menggunakan kuasanya secara nyata bagi mengarahkan polis membuat siasatan berkaitan tuduhan ejen Israel memperlihatkan Malaysia sedang menuju kearah sistem demokrasi tertutup dan negara ala diktator.
2.  Gesaan sama juga dibuat oleh Menteri Fahmi Fadzil yang mengesa pihak polis membuat siasatan ekoran Anwar dituduh ejen Israel. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/11/1032735/pm-arah-polis-ambil-tindakan-terhadap-fitnah-ejen-israel
3.  Menggunakan kuasa dan kedudukan bagi mengarah dan mendesak PDRM menyiasat adalah salah guna kuasa yang ketara.
4.  Sewajarnya sistem demokrasi dinegara ini lebih terbuka dan siasatan bebas dilakukan sekiranya ada laporan polis dibuat berkaitan sesuatu perkara yang mengancam ketenteraman awam.
5.  Mengarahkan dan menggunakan Polis bagi mengesa siasatan dilakukan akan mematikan sistem demokrasi yang lebih terbuka dinegara ini. https://www.1media.my/2022/11/salah-minta-polis-bertindak-terhadap.html
6.  Jika keadaan ini berlaku bermakna negara ini akan terus mengundur ke belakang dalam sistem demokrasi yang memberi kebebasan untuk memberi pendapat dan keriktikan kepada pemimpin kerajaan.

MOHD ZAI MUSTAFA
Pengerusi
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)

5 Dis 2022