Sejak hari pertama lagi apabila Zahid Hamidi dilantik menganggotai Kabinet sebagai Timbalan Perdana Menteri, Malaysia diselubungi malang. Apalah nasib rakyat yang tidak berdosa memiliki seorang pemimpin negara yang masih bebas ke sana ke mari walhal di bahunya tertanggung pertuduhan rasuah yang begitu banyak.
Situasi ini tidak akan terjadi jika Anwar Ibrahim bertegas dengan pendiriannya sejak dahulu untuk tidak sekali-kali bersekongkol dengan pemimpin politik yang korup. Ternyata Anwar yang dahulu bukanlah Anwar yang sama pada hari ini.
Sudah tentu Zahid Hamidi memiliki kuasa penentu yang besar dalam Kerajaan MADANI sehingga tiada sesiapa yang berani mencuitnya. Hal ini kerana Zahid boleh menarik sokongan pada bila-bila masa sekali gus menjatuhkan kerajaan jika dia diganggu.
Anak muda perlu sedar, kita perlu menolak mana-mana pemimpin yang terpalit dengan kes rasuah dan pecah amanah. Kita bukan bercakap satu dua kes sahaja, tapi 47 pertuduhan yang sudah terbukti bersalah.
Memang gila!
Jika Zahid Hamidi terus diberi ruang dan masa, apakah alasan ia tidak akan berulang lagi? Sudah ada bunyi untuk mengusahakan pengampunan terhadap banduan Najib Razak, tidak mustahil usaha yang sama untuk Zahid Hamidi pula nanti.
Anak muda perlu menghantar signal kepada PMX dalam Pilihanraya Umum Negeri kali ini. Perjuangan kita tidak akan terhenti sehingga Zahid Hamidi digari dan disumbat di sebalik tirai besi.