• Sat. Dec 7th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Malaysia terasa gegaran gempa bumi 6.2 melanda Wilayah Nias

Apr 4, 2023
Spread the love

Kuala Lumpur: Gempa bumi bermagnitud 6.2 melanda Wilayah Nias, Sumatera Utara, Indonesia malam ini.

Pusat Seismologi Mediterranean Eropah (EMSC) memaklumkan gempa itu berada pada kedalaman 90 kilometer.

EMSC menerusi kenyataan di Twitter berkata, gempa berkenaan mungkin turut dirasai di Malaysia.

Negara yang terjejas adalah Indonesia, Singapura, Thailand dan Malaysia kira-kira 85 kilometer dari Kota Padang Sidempuan, Sumatera Utara, Indonesia.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan berlaku gempa bumi kuat di Utara Sumatera, Indonesia pada 10.59 malam ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, gegaran mungkin dirasai di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

“Gempa berlaku kira-kira 84 kilometer Barat Daya dari Padang Sidempuan, Indonesia.

“Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” katanya.