• Fri. Dec 6th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Malaysia turut rasai gegaran gempa dari Sumatera Barat

Feb 25, 2022
Spread the love

JAKARTA – Satu gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter menggoncang wilayah Sumatera Barat pagi ini yang turut dirasai di beberapa bahagian di Malaysia, lapor stesen penyiaran CNN Indonesia.

Menurut Jabatan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG), gempa yang berlaku sekitar pukul 8.39 pagi (waktu tempatan) itu terletak 17 kilometer (km) di Timur Laut Pasaman Barat, 64 km di barat laut Bukit Tinggi.

“Kedalaman gempa adalah 10 km,” demikian menurut keterangan BMKG.

Tambah agensi tersebut, gempa itu tidak berpotensi menyebabkan tsunami.

Sementara itu, sebilangan penduduk di kawasan Lembah Klang menyatakan bahawa mereka turut merasai gegaran tersebut, malah ada yang bergegas keluar dari bangunan pejabat dan kediaman. – Agensi