• Thu. Feb 6th, 2025

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Mangsa banjir di Kelantan makin meningkat

Feb 27, 2022 ,
Spread the love

KOTA BHARU, 27 FEB 2022 – Banjir di Kelantan semakin buruk apabila seramai 1,569 mangsa dari 464 keluarga ditempatkan di 29 pusat pemindahan sementara (PPS) susulan hujan lebat berterusan bermula Jumaat.

Menurut laporan InfoBencanaBanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jajahan yang paling ramai mencatatkan pemindahan mangsa banjir tertinggi di negeri ini ialah Jeli seramai 467 orang diikuti Kuala Krai (438 orang); Pasir Mas (357 orang) dan Tanah Merah (307 orang).

Laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my menunjukkan lima batang sungai utama di negeri ini sudah melepasi paras bahaya iaitu Sungai Kelantan (Kuala Krai); Sungai Golok (Rantau Panjang), Sungai Lebir di Kampung Tualang (Kuala Krai), Sungai Temangan (Machang) dan Sungai Jenob (Tanah Merah).

Sementara itu Sungai Kelantan di Kusial, Tanah Merah berada paras amaran.