• Thu. Feb 22nd, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Mat London meninggal dunia

Jul 14, 2023
Spread the love

PELAKON dan pengarah, Mat London telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.57 pagi tadi di Hospital Kuala Lumpur pada usia 74 tahun.

Berita duka itu disahkan oleh Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah, dalam satu kenyataan pada media sebentar tadi.

“Jenazah akan dibawa ke Masjid Taman Melawati pagi ini dan akan dikebumikan selepas solat Jumaat,” ujarnya.

Terdahulu, arwah dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HKL sejak 16 Jun lalu akibat jangkitan paru-paru dan berada dalam keadaan kritikal.

Bagaimanapun Mat London yang terkenal dengan watak Pak Karim dalam siri Kampung Pisang terpaksa ditidurkan pada 26 Jun lalu selepas keadaan bertambah kritikal dan tidak memberi sebarang tindak balas.

Selain masalah paru-paru dan keupayaan jantung yang lemah untuk mengepam darah, Allahyarham juga menghidap masalah buah pinggang.