• Mon. May 29th, 2023

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Mat Sabu suruh import telur, sekali Penternak kata bekalan cukup siap eksport lagi

Dec 8, 2022
Spread the love

Kuala Lumpur: Persatuan Penternak Ayam Selangor menyangkal dakwaan telur ayam kurang sebaliknya bekalan itu turut dieksport ke negara jiran.

Pengerusinya, Idrus Zainal Abidin berkata, pihaknya mahu bertemu dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu bagi membincangkan isu berkenaan.

“Saya mahu berjumpa dengan menteri untuk membincangkan isu ini kerana kita memahami keadaan yang berlaku di lapangan,” katanya kepada New Straits Times.

Beliau berkata, Mohamad mungkin tidak diberi taklimat dengan betul mengenai situasi sebenar.

Idrus berkata, keputusan kementerian untuk mendapatkan telur dari luar negara akan menjejaskan penternak.

“Kita mempunyai kapasiti untuk memenuhi permintaan telur dan ayam. Harga siling dan subsidi adalah bebanan kami.

“Kerajaan perlu hapuskan harga siling dan subsidi supaya wujud persaingan sihat untuk memenuhi permintaan,” katanya.

Katanya, penternak ayam juga tidak menyorok bekalan telur dan ayam.