• Mon. May 29th, 2023

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

MB Selangor digesa bercuti sementara siasatan SPRM

Mar 16, 2023
Spread the love

Menteri Besar Selangor digesa mengambil cuti sementara menunggu siasatan salah guna kuasa dan konflik berkepentingan dengan menggunakan kedudukannya sebagai Menteri Besar bagi menganugerahkan projek kepada syarikat secara runding terus bernilai RM700 juta ringgit.

Pemuda PAS Selangor berpegang bahawa keadilan bukan sahaja perlu dilaksanakan, tetapi ia juga perlu tampak dan ditampilkan. SPRM harus diberi ruang untuk melakukan penyiasatan terhadap kes berkenaan dengan adil dan diberi kebebasan penuh berdasarkan prinsip kedaulatan undang-undang.

Menurut hantaran yang telah dimuat naik di halaman sosial Facebook Ng Suee Lim, ADUN Sekinchan merangkap speaker DUN Selangor dari DAP menyatakan bahawa RFP bagi projek itu melibatkan sebanyak 98 buah syarikat, namun kesemuanya telah ditolak dan tender telah diberikan kepada sebuah syarikat Landasan Berjaya, yang berkait rapat dengan taikun Cina secara rundingan terus.

Pada 1 Mac lalu, Bersatu negeri Selangor telah membuat laporan polis berhubung isu ini dan pihak polis telah menyerahkan laporan ini kepada pihak SPRM untuk siasatan lanjut, namun tiada apa-apa maklumat setakat ini.

Ketirisan berlaku dianggarkan berjumlah lebih RM117 juta ringgit yang sepatutnya dipulangkan kepada rakyat Selangor melalui premium tanah yang telah dikecualikan dibayar oleh syarikat milik taikun Cina tadi.

Pemuda PAS Selangor komited menentang amalan rasuah dan telah terbukti tiada kes rasuah melibatkan pemimpinnya.

MUHAMMAD HANIF JAMALUDDIN
Timbalan Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Selangor