PETALING JAYA: MCA membuat keputusan untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini kerana tidak boleh menerima pendekatan yang digunakan DAP dalam meraih undi.
Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, MCA bekerjasama dengan UMNO dan dibenci pengundi bukan Melayu khususnya masyarakat Cina kerana termakan hasutan dan propaganda DAP yang menghantui UMNO sebagai parti perkauman. Utusan