Media Fastaqim (M-Fast) bersedia pada gear tertinggi untuk menghadapi Pilihanraya Umum Ke-15, khasnya peperangan secara atas talian.
Kami telah menerima beberapa permintaan dan arahan untuk membantu Parlimen yang melibatkan kepimpinan pusat dan fokus beberapa negeri.
Beberapa persediaan termasuklah ‘war room’, medium perang, logistik dan bahan kempen telah disiapkan dan ditambah dari masa ke semasa.
Walaupun begitu, kami membuka peluang kepada mana-mana individu yang berminat membantu kami melalui beberapa peringkat jentera sokongan termasuklah tenaga, bahan mahupun kewangan (Hubungi 013-2667777).
Bergeraklah ke gerbang jasa
Kalah menang bukan alasannya
Sucikanlah niat dihati
Hingga nyata benarnya janji Rabbi
Pengarah Strategik M-Fast
15 Oktober 2022
Sumbangan online:
https://toyyibpay.com/INFAQ-MEDIA-FASTAQIM