• Mon. Dec 9th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Melayu tak pandai, seronok nak jadi presiden, buka parti baru – Tun M

Aug 8, 2020 , ,
Spread the love

Dunia media sosial hari ini dipenuhi bahan parodi dan ‘troll’ susulan pengumuman Tun Dr Mahathir Mohamad semalam untuk mewujudkan parti baharu berasaskan Melayu dan Bumiputera.

Tulisan dan kata-kata Tun sebelum ini dimuatnaik bagi menunjukkan perbezaan apa yang diumumkan itu. Antaranya, ucapan Tun dalam satu sidang media pada 8 Julai 2019 yang mengungkapkan ‘“Orang Melayu ni dia tak pandai politik. Dia seronok nak jadi presiden. Bila nak jadi presiden seronok. Bukak parti’.

Video tersebut boleh dilihat di bawah.

“Orang Melayu ni dia tak pandai politik. Dia seronok nak jadi presiden. Bila nak jadi presiden seronok. Bukak parti. Semakin lama semakin banyak parti. Jadi lama-lama orang Melayu jadi tadak kuasa langsung la. Semua parti kecik-kecik saja.”

Video daripada Malaysia Gazette.