Apabila pihak pembangkang membangkitkan isu buli siber yang sangat keterlaluan dan cuba menyekat kebebasan bersuara anak muda,
“Harapan kepada kerajaan yang ada pada hari ini supaya dapat untuk kita terus menghormati hak kebebasan bersuara, saya fikir apa gunanya kita bebas daripada penjara kalau kita keluar untuk memenjarakan hak kebebasan rakyat.” – YB Ustaz Fadhli Shaari, MP Pasir Mas.
“Menyedari bahawa YB Tambun suatu masa dahulu adalah seorang pemimpin gerakan pelajar yang agak tersohor pada masanya apakah harapan kepada beliau sebagai pemimpin gerakan mahasiswa sebagaimana juga YB Indera Mahkota suatu masa dahulu, kepada kepimpinan kerajaan yang ada sekarang ini untuk menggemblengkan tenaga bagi menimbulkan tahap kematangan yang tinggi, mahasiswa kita sebagai para pemimpin negara di masa akan datang.” – YB DS Takiyuddin, MP Kota Bharu.
“isu buli 3 ‘Tiktokers’ wanita yang mana menghadapi serangan maklumat peribadi, body shaming dan hal ini kita harap tidak menunjukkan kepada ‘double standard’ walaupun mereka ini tiktokers yang menyokong Perikatan Nasional.
..laporan-laporan buli siber di aplikasi media sosial tiktok yang menjelaskan yang mendedahkan maklumat peribadi, komen-komen lucah yang menjijikkan serta izin ‘body shaming’, justeru kita melihat isu-isu ini apakah usaha-usaha kerajaan untuk mengekang perkara ini dan sejauh mana hasil siasatan dan tindakan yang direkodkan oleh Suruhanjaya Komunikasi Media Malaysia.” – YB Dr Siti Mastura, MP Kepala Batas.
“Tindakan kerajaan menekan kebebasan anak-anak muda untuk bersuara di media sosial terutamanya menerusi saluran TikTok. Kalau tidak fitnah, ini ialah pernyataan hak rakyat untuk menyatakan sesuatu menerusi media TikTok, apa salahnya.” – YB TS Muhyiddin, YB Pagoh.
“Turut menyedihkan apabila berlaku tindakan intimidasi oleh laskar-laskar siber pihak penyokong kerajaan terhadap tiga orang Tiktokers wanita muda yang akhirnya membawa kepada diskriminasi dan gangguan seksual di media sosial hanya kerana mereka mengeluarkan pandangan di media sosial berkenaan kerajaan hari ini.
Kelihatan seperti tidak ada tindakan serius daripada pihak kementerian berkenaan terhadap isu ini.” – YB Ustaz Afnan Hamimi, MP Alor Setar.
“Terdapat beberapa insiden yang berlaku di mana beberapa orang TikTokers, budak perempuan sahaja. Budak muda yang telah pun dipanggil siasat sedangkan perkara itu perkara yang agak remeh saja. Kalau lah benda itu, hujah biarlah lawan dengan hujah. Janganlah hujah berlawan untuk mematikan semangat demokrasi daripada kalangan anak-anak muda, terutamanya dari kalangan budak-budak perempuan sahaja. Ini yang amat malang kepada kita apabila dulunya merekalah menjadi juara untuk menuntut hak kebebasan bersuara.” – YB Datuk Idris Ahmad, MP Bagan Serai.
Apa yang pihak kerajaan balas. Semuanya fitnah. Tapi tuduhan fitnah yang tidak pernah dijawab ini wajarkah dibalas dengan komen lucah dan menjijikkan?
Kata YB Sany Hamzan, MP Hulu Langat,
“Saya rasa hendak kritik ini YB Pagoh tidak ada masalah. Kritiklah, hentamlah, bantailah, tidak ada masalah. Kita boleh terima. Akan tetapi, yang isunya macam semalam disebutkan, “Tiga budak perempuan, tiga budak perempuan.” Eh, soal buat fitnah ini, tidak kira budak lelaki, budak perempuan, orang tua, orang muda, kalau fitnah kita tidak boleh terima.”
Begitulah kisahnya dalam Dewan Rakyat. Yang menjadi magsa disalahkan tanpa usul periksa, yang menjadi pemangsa didiamkan seribu bahasa.
ZURK AHMAD
Ketua Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat