• Mon. Dec 9th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Menangkan BN pada PRU15 untuk realisasikan bajet 2023

Oct 9, 2022
Spread the love

BARISAN Nasional (BN) perlu memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti, bagi membolehkan segala inisiatif dan bantuan yang terkandung dalam Bajet 2023 dapat dilaksanakan.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, segala peruntukan bagi melaksanakan setiap inisiatif dan bantuan seperti yang diumumkan dalam belanjawan tahun hadapan sudah tersedia untuk direalisasikan,

“… kena pastikan BN menang (PRU15), kewangan sudah ada dan ready untuk dilaksanakan (segala inisiatif dalam Bajet 2023),” katanya ketika berucap pada Kenduri Sekampung Keluarga Malaysia di Felda Palong, Jempol, semalam. 

Turut hadir Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen Rembau, merangkap Penyelaras Jelajah AKM Negeri Sembilan dan Ahli Parlimen Jempol Datuk Seri Mohd Salim Mohd. 

Kelmarin, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz membentangkan Bajet 2023 yang terbesar dalam sejarah iaitu berjumlah RM372.3 bilion, peningkatan ketara berbanding Bajet 2022 yang memperuntukan RM332 bilion, manakala Bajet 2021 bernilai RM322 bilion.

Bajet 2023 adalah kedua di bawah kerajaan pimpinan Ismail Sabri dan yang kedua sejak Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dilancarkan pada 27 Sept tahun lepas.

Justeru, Ismail Sabri mengingatkan rakyat supaya tidak mudah terpedaya dengan segala janji yang dikemukakan pembangkang dalam manifesto mereka terutama menjelang PRU15.

“Dari segi pengalaman dengan pembangkang, mereka tidak dapat melaksanakan janji mereka, seperti harga minyak turun dan tol dihapuskan. Apabila mereka tidak mampu buat (tepati janji), mereka kata manifesto bukan al-Quran (kitab) yang tak boleh diubah.