• Wed. Sep 11th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Meneliti Perbahasan Parlimen YB Sepang yang Nampak Penakut dan ‘Low Standard’

Jul 19, 2020 , ,
Spread the love

YB Sepang bukan setakat keanak-anakan tetapi seolah-olah seperti si penakut yang ‘low standard’. Jika YB Shah Alam, MP daripada Parti Amanah seorang yang ‘suka memekik melolong’ dalam dewan, YB Sepang pula suka mencelah mengganggu ucapan Ahli Parlimen (MP) lain. Tetapi, pelik bin ajaib MP yang juga daripada Parti Amanah ini sangat takut memberi ruang kepada MP lain untuk mencelah ucapannya.

Mereka yang mengikuti perbahasan Parlimen tentu kenal dengan MP Jelutong daripada DAP yang terkenal dengan perangai suka mencelah tanpa sebab. YB Sepang begitu juga, cuma lebih teruk. MP Jelutong sekurang-kurangnya agak lancar dan jelas kata-katanya. Ucapannya ada juga isi. Tapi, YB Sepang kandungannya tin kosong, tiada fokus serta tanpa perancangan rapi.

Petang tadi saya mengikuti rakaman perbahasan Parlimen minggu lepas di Youtube. YB Sepang memulakan ucapannya dengan memaklumkan hanya 2 MP dibenarkan membuat celahan. Tanpa ucapan salam, YB Sepang menyebut:

“Sebelum saya mulakan saya ingin memberitahu bahawa saya tak memberi ruang untuk celah kecuali 2 orang”. Salah seorangnya YB Shah Alam.

Ucapan seorang diri YB Sepang lebih kepada spekulasi dan tuduhan murahan seperti menghina Menteri sebagai Doraemon dan MP Arau sebagai pembohong. Selepas YB Baling bangun membaca Peraturan Mesyuarat 36 (2), barulah YB Sepang mengalah dan akur untuk menarik semula kata-katanya selepas diarahkan oleh Speaker.

MP-MP lain bangun untuk mencelah tapi berkali-kali menolaknya. Nampak penakut sebab sebelumnya YB Sepang bak anak kecil bangun merenggek berkali-kali untuk mengganggu ucapan MP lain. Ganggu orang tapi diri sendiri takut untuk diusik.

“Low standard!” Ini kata-kata YB Tanjung Karang pada YB Sepang. Sangat tepat. Ia berlaku ketika perbahasan YB Tanjung Karang yang berkali-kali diganggu dengan celahan YB Sepang. Akhirnya YB Sepang terduduk malu tak bangun lagi setelah gagal menyahut cabaran untuk mengisytiharkan sama ada beliau menyokong YB Langkawi atau YB Port Dickson sebagai PM.

Alangkah malunya mempunyai seorang MP seperti YB Sepang yang berlagak bijak. Sangat malu bagi sebuah parti yang dabik sebagai amanah lagi rahmah kerana tidak mampu membuat teguran. Lebih malu lagi bagi rakyat yang memilihnya.

Berazamlah sahabat-sahabat, kita akan menunjukkan pintu keluar Parlimen dalam PRU-15 nanti kepada YB Sepang, YB Shah Alam dan MP-MP Parti Amanah dan DAP.

Nabila Din

Shah Alam 19 Julai 2020, 10.30pm