• Sat. Dec 7th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Menjadi boneka tanpa sedar – Dr Zuhdi

Jul 8, 2023
Spread the love

“Alhamdulillah, umur akan mencecah 76, saya tidak boleh dibeli dengan wang ringgit, kalau boleh dibeli dah melencong lama dah”. – Anwar Ibrahim

Memang benar mungkin Anwar tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Tetapi Anwar boleh dibeli dengan jawatan.

Dengan tawaran jawatan Perdana Menteri yang menggiurkan, Anwar Ibrahim sanggup menipu akar umbi PKR dan PH serta rakyat yang mengundi PH apabila sanggup bersekongkol dengan pemimpin yang Anwar sendiri menuduh mereka tidak berintegriti, dan selama ini menjadi sasaran serangan Anwar dan PH.

Kempen PH dalam PRU ke-15 lalu penuh dengan warna warni melabel BN dan UMNO dengan gelaran parti perompak. Namun, demi kuasa dan jawatan UMNO kini parti suci.

Hampir 20 tahun menanti untuk menjadi Perdana Menteri. Sudah pasti Anwar bermati-matian akan mempertahankan nikmat jawatan ini.

Pakatan Harapan yang ditunjangi DAP sebagai parti terkuat dengan kekuatan sebanyak 40 kerusi sudah pasti mempunyai kedudukan dan pengaruh besar dalam siri-siri perundingan dan perjanjian antara mereka.

Anwar daripada PKR telah dapat habuan menjadi PM manakala DAP pastinya juga turut mendapat habuan mereka. Mari kita lihat antara habuan yang diperolehi oleh DAP,

i) Penarikan Rayuan Kes Jill Ireland dalam isu kalimah Allah dipercayai dipengaruhi oleh DAP. Tan Sri Muyhidin Yassin pernah menyatakan menteri DAP pernah memohon agar kes ini ditarik pada 2020 sewaktu PH masih memerintah dan akhirnya pada 2023 kes ini ditarik jua.

ii) Menerima peruntukan besar dari PMX untuk ‘memajukan’ Pulau Pinang. Nga Kor Ming sendiri menyebut, ”Peruntukan berjumlah RM211.405 juta menerusi 41 projek di Pulau Pinang adalah peruntukan paling besar yang pernah diberikan kepada Pulau Pinang.”

iii) Pelantikan di posisi strategik seperti Menteri Pembangunan & Kerajaan Tempatan. Posisi ini sangat penting kerana ia membabitkan urusan hal ehwal Pihak Berkuasa Tempatan dan perumahan.

DAP juga menguasai Exco dengan portfolio yang lebih kurang sama di kesemua negeri bawah pemerintahan PH.

Sebagai contoh,

Selangor: YB Tuan Ng Sze Han (DAP)
Pulau Pinang: YB Jagdeep Singh Deo A/l Karpal Singh (DAP)
Negeri Sembilan: YB Tuan Teo Kok Seong (DAP)

Bukankah posisi ini memberi ruang lebih mudah kepada DAP untuk mencapai agenda mereka dalam aspek ini antaranya menjayakan pilihanraya PBT?

Ada masanya seorang ‘puppet’ tidak sedar bahawa dia ialah boneka yang sedang dicatur musuh. Dia sangka dialah yang mencatur, tanpa disedari sebenarnya dialah yang sedang dicatur!

Sekian.

DR. MOHD ZUHDI MARZUKI
AJK PAS Pusat

8 Julai 2023