• Sun. Dec 8th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

‘Menu Rahmah’ antara fantasi dan realiti

Feb 17, 2023
Spread the love

Tidak ada masalah dengan istilah ‘Rahmah’, tapi jangan sampai rakyat marhaen B40 diberi makanan yang low quality… – YB Kapar

Atas sikap prihatin dan peduli nasib rakyat marhaen dan B40, YB Kapar DrHalimah Ali memberi peringatan kepada Kerajaan Campuran PH+BN untuk mempastikan agar jangan berkompromi berkaitan kualiti kerana mau mencari jalan pintas.

YB Kapar dengan terang dan jelas menyebut bahawa dirinya amat khuatir disebab kualiti rendah yang ditawarkan kepada rakyat marhaen dan B40 mungkin akan terdedah kepada kanser. Bukannya memperlekehkan Menu Rahmah.

Apakah memperingatkan akan berkemungkinan itu suatu perkara yang mau dijaja dimedia sosial oleh para balaci dan macai bertaraf laskar siber PH+BN?

Apakah atas sikap prihatin dan peduli rakyat marhaen menjadi satu bahan ejekan, kutukkan dan cemuhan?

Good thing not cheap .. cheap thing not good.

Sekarang ini pun baru masuk minggu kedua Menu Rahmah diperkenalkan, maka sudah berbunyi kalangan pengusaha restoran termasuk perintisnya Mydin berkata jika kawalan harga barang tidak dipantau oleh kerajaan, maka program Menu Rahmah ini tidak akan bertahan lama.

Yang jelas YB Kapar mau didesak ialah keterjaminan kerajaan agar Menu Rahmah ini mau mempastikan makanan yang ditawarkan kepada rakyat marhean dan golongan B40 kualitinya tidak dikopromikan dan jangan dihidangkan makanan yang tidak berkualiti asalkan murah sudah!

Demi nak menjayakan program Menu Rahmah nampak gah maka rakyat yang menjadi mangsa kerana terkejar-kejar propangda politik murahan.

TENKIU