• Sun. Jan 26th, 2025

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Misi bantuan pasca banjir NGO Anggerik Care ke Lanchang

Jan 11, 2022 , ,
Spread the love

SHAH ALAM, 11 JANUARI 2022 – Pertubuhan Anggerik Care bersama badan gabungannya menggerakkan misi bantuan banjir ke daerah terjejas bencana itu di Lachang, Pahang pagi tadi.

Misi Bantuan ini juga diselenggara oleh Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) Putrajaya dengan sokongan Kak Anie Shellrock, Tasik Shah Alam dan UiTM melalui Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf.

Perlepasan Team Sukarelawan Bantuan Banjir ini dibuat di Restoran Kak Anie Shellrock, Tasik Shah Alam pagi tadi menaiki dua buah kenderaan pacuan 4 roda dengan membawa dapur gas, periuk nasi elektrik, beras dan nafkah Al-Quran.

Semoga usaha para sukarelawan ini mendapat ganjaran yang sebaiknya daripada Ilahi dalam usaha membantu meringankan beban yang sedang ditanggung oleh mereka yang sedang diuji.