• Thu. Feb 22nd, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

MP Temerloh kesal kerajaan BN-PH batalkan dewan untuk jamuan kesyukuran

Dec 14, 2022
Spread the love

Ahli Parlimen Temerloh, Salamiah Mohd Nor kesal atas tindakan kerajaan negeri Pahang yang telah mengarahkan pembatalan penggunaan Dewan Tun Razak Temerloh bagi tujuan Jamuan Kesyukuran Parlimen Temerloh kurang daripada tempoh 24 jam tanpa sebarang penjelasan yang munasabah.

Tindakan berkenaan menyebabkan perubahan lokasi majlis ke lokasi lain iaitu pekarangan Surau Al-Khairiah, Seberang Temerloh pada Rabu.

Menurutnya, pembatalan itu adalah arahan daripada kerajaan negeri terus kepada pihak Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Temerloh secara lisan tanpa ada apa-apa pengarahan rasmi secara bertulis.

“Saya secara peribadi ingin melahirkan penghargaan kepada pihak MPT yang telah memberikan kebenaran awal untuk penggunaan dewan tersebut.https://85cab6896ee1027ce156f6439fb2bb37.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-40/html/container.html

“Saya juga telah berkomunikasi terus dengan YDP Majlis Perbandaran Temerloh untuk meminta penjelasan tentang perkara ini.

“Namun maklum balas yang diterima bahawa pembatalan ini adalah arahan daripada kerajaan negeri secara terus kepada pihak YDP secara lisan tanpa ada ada apa-apa pengarahan rasmi secara bertulis.

“Saya juga telah beberapa kali cuba berhubung dengan pihak Menteri Besar Pahang, namun tidak dapat sebarang maklum balas,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau mendesak kerajaan BN-PH Pahang untuk memberikan penjelasan mengapa tempahan itu dibatalkan dalam tempoh kurang 24 jam.