
MP-MP UMNO YANG SOKONG DSAI AKAN BERDEPAN DENGAN PEMECATAN?
Berdasarkan kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang diperkukuhkan oleh kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, mengenai keputusan Majlis Tertinggi UMNO sebelum ini bahawa UMNO menolak sebarang bentuk kerjasama dengan DAP dan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, apakah kita akan menyaksikan Ahli-Ahli Parlimen UMNO yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada UMNO?
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob malah dilaporkan oleh portal UMNO online sendiri sebagai berkata “arahan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dulu juga memaklumkan bahawa sesiapa yang tidak patuh kepada keputusan ini akan dipecat maka keputusan tersebut masih kekal melainkan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO membuat keputusan sebaliknya”.
Oleh kerana sehingga kini tidak pernah ada laporan bahawa keputusan Majlis Tertinggi UMNO ini pernah diubah maka apakah ini bermakna kita akan benar-benar menyaksikan pemecatan Ahli-Ahli Parlimen UMNO yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas ini?
Dr Kamarul Zaman Haji Yusoff,
Pensyarah Kanan COLGIS, UUM.

