Bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin berjaya dalam permohonannya untuk membatalkan empat pertuduhan salah guna kuasa yang dikaitkan dengan program Jana Wibawa.
Hakim, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Muhammad Jamil Hussin memutuskan bahawa pertuduhan itu adalah cacat dan tidak selaras dengan Kanun Tatacara Jenayah.
Katanya, pertuduhan itu juga tidak mendedahkan butir-butir yang mencukupi mengenai kesalahan yang didakwa mengikut Akta SPRM 2009.
Mahkamah Tinggi kemudiannya memerintahkan Muhyiddin dilepaskan dan dibebaskan daripada empat pertuduhan salah guna kuasa itu, yang masih belum selesai di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.