• Thu. Feb 6th, 2025

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Muhyiddin pulang ke kediamannya selepas selesai menghadap Agong

Spread the love

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat pulang ke kediamannya selepas selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Kenderaan yang membawa Ahli Parlimen Pagoh itu dilihat memasuki kediaman peribadinya di Bukit Damansara pada jam 1.09 petang.

Muhyiddin sempat melambai tangannya kepada petugas media yang berkampung di sini daripada jam 6.30 pagi tadi.

Sebelum itu, kenderaan yang membawa beliau keluar pada jam 1.02 petang selepas memasuki Istana Negara pada jam 12.23 tengah hari.

Beliau dikhabarkan menghadap Seri Paduka Baginda bagi menyerahkan surat peletakan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri.

Bagaimanapun sehingga kini belum ada sebarang pengesahan mengenai

Wartawan Ibnu’H