PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan beliau menyembah warkah surat peletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Kata beliau, perkara itu setelah hilang kepercayaan majoriti Dewan Rakyat.
“Saya cuba saat akhir sehingga selesai urusan pandemik Covid-19 dan pemulihan ekonomi. Namun usaha ini tidak berjaya apabila ada pihak rakus merampas kuasa.
“Namun saya pasrah ketentuan ilahi,” katanya dalam perutusan khas hari ini.