SHAH ALAM, 6 MAC 2023 – Bukannya tidak menyedari rungutan pengguna bahawa harga makanan di bazar Ramadhan semakin mahal, namun rata-rata peniaga mendakwa mereka tidak mempunyai pilihan selain terpaksa menaikkan harga jualan susulan peningkatan mendadak harga bahan mentah.
Mereka mendakwa, mahu tidak mahu, harga jualan terpaksa dinaikkan bagi mengelak peniaga berdepan kerugian.
Baru-baru ini Penerangan Muslimat PAS Shah Alam turun padang sendiri meninjau respon peniaga-peniaga di Bazar Ramadhan Seksyen 17, Shah Alam.
Team Muslimat diketuai oleh Puan Noor Shuhadah sempat merakam beberapa rintihan peniaga yang rata-ratanya kecewa dengan kenaikan barangan asas seperti telur ayam, bawang, kelapa, ayam dan daging yang melambung.
“Ini kerana, peniaga terpaksa menyediakan modal lebih besar untuk membuat persiapan berniaga makanan pada bulan Ramadan,”
“Barangan mentah naik melampau berganda-ganda, dulu bawa modal RM2,000 sekarang dah jadi RM4,000,” ujar peniaga makanan.
Kata peniaga popia berusia 40-an pula, pendapatan peniaga bukan sahaja tidak pernah baik tetapi bertambah merudum apabila kenaikan harga barang asas tidak pernah turun.
Hampir keseluruhan rintihan peniaga mahukan kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengawal harga bahan mentah asas makanan.
Hanisya@Omakkau – Media Fastaqim