• Wed. Sep 11th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Nad Zainal, Ungku Ismail sah menjadi suami isteri

Jan 29, 2023
Spread the love

Perkongsian pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail mengejutkan ramai apabila memuat naik gambar dan video berpakaian serba putih sambil berpegangan tangan di masjid.

Menerusi kapsyen, Nad Zainal meluahkan rasa syukur serta turut berkongsikan gambar mas kahwin memaparkan mas kahwin diterima RM1,000 yang ditulis dibawah namanya dan Ungku Ismail.

Sementara itu, pereka fesyen duo Seth & Luna dilihat turut berkongsikan cerita menyimpan rahsia tersebut serta mengesahkan mengenai pernikahan pasangan tersebut.

Menerusi hantaran di IG, Nad memuat naik foto berpelukan dengan Ungku berserta mas kahwin iaitu RM1,000.

Dengan kapsyen ringkas, pelakon berumur 32 tahun ini meluahkan rasa syukur.

Pada 18 Januari lalu, Nad telah meluahkan rasa sayang cintanya terhadap Ungku dengan menyatakan dia mahu kekal selama-lamanya dengan aktor itu.

Kita akan stay forever and ever. I love you. Tamat.

Terdahulu, Nad dan bekas suami iaitu Muhammad Faliq Amirudin mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 2015. Bagaimanapun, perkahwinan tersebut tidak berkekalan apabila Nad mengesahkan telah bercerai pada September lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom, berusia setahun.

Sumber: Instagram