• Mon. Sep 9th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Najwan Halimi biadap, adakah UMNO Selangor sanggup berdiam diri?

Aug 4, 2023
Spread the love

ADAKAH UMNO SELANGOR MAHU BERDIAM DIRI SAHAJA?

  1. UMNO dianggap sebagai parti ‘abang Long’ kerana sudah matang dari segi usianya, malah berpengalaman luas mentadbir dan berpencak di ruang politik. Kematangan sebegini sepatutnya mampu menjadi penasihat dan semak imbang yang lebih baik kepada kerajaan Anwar-Zahid.
  2. Namun entah di mana salahnya, pimpinan tertinggi UMNO yang berada bersama pentadbiran kerajaan kini seakan hilang peranannya. Dahulu UMNO terkenal dengan prinsipnya menjadi benteng mempertahankan Raja-raja Melayu. Namun kini, prinsip parti ini agak tersasar setelah presidennya bertindak mengkhianati suara akar umbi partinya yang tidak mahu UMNO dan DAP bersama.
  3. Pengumuman calon PKR Selangor baru-baru ini agak mengejutkan apabila ia mencalonkan semula calon kontroversi yang mengamalkan nilai rasisme dan biadab terhadap institusi beraja seperti PKR memberikan lagi kepercayaan kepada Najwan Halimi untuk bertanding di DUN N40 Kota Anggerik.
  4. Mengapa UMNO tidak terkehadapan untuk membantah pencalonan semula Najwan ini? Mana mungkin UMNO hanya berdiam diri sahaja ketika PKR menamakan Najwan sebagai calon sedangkan Najwan sebelum ini dengan selamba menghina kaum India di Selangor.
  5. Malah Najwan sehingga kini masih tidak membuat permohonan maaf atas ciapan biadabnya terhadap Tuanku Permaisuri Agong beberapa ketika dahulu. Dalam ciapan tersebut, Najwan cuba menyamakan Tuanku Permaisuri Agong dengan kerabat diraja Perancis pada abad ke-18 yang tidak peduli hal ehwal kebajikan rakyat. Perkara ini sangat menghina institusi beraja di Malaysia. Di mana suara UMNO?
  6. Sebenarnya rata-rata ahli UMNO sejak awal lagi tidak bersetuju dengan tindakan Zahid membawa UMNO menyertai kerajaan pada hari ini. Usaha untuk menggantikan Zahid dengan seorang pemimpin UMNO yang lebih berwawasan juga tidak berjaya kerana Zahid tidak mempertandingkan kerusinya ketika pemilihan UMNO berlangsung. Maka, jalan terbaik untuk ahli UMNO memperbaiki semula keadaan ini adalah dengan mengundi Perikatan Nasional.
  7. Rakyat perlukan masa hadapan yang lebih baik, dan penyelesaiannya itu ada pada Perikatan Nasional.

Ayuh! Undilah PERIKATAN NASIONAL.

Media Penerangan
Perikatan Nasional Selangor