• Mon. Dec 9th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

“Nak untung jual ayam macam pergi Mekah balik hari ke” – Jukee

Jul 7, 2022 ,
Spread the love

PETALING JAYA: Seorang peniaga ayam terkenal di Kelantan Zukila Deraman atau dikenali ‘Jukee Ayam’ tampil menegur peniaga ayam lain yang mahukan keutungan besar.

“Nak untung ibarat pergi Makkah balik hari, nak untung RM6 seekor….untung gege.

“Marilah siapa nak belajar berniaga ayam, ambil kalkulator, buku saya ajarkan,” kata Jukee.

Menurut Jukee harga daripada pihak pemborong dianggap sudah wajar.

Bagaimanapun pihak peniaga mengambil kesempatan sehingga menjual RM8.50 hingga RM9 sekilogram.

“Harga ayam RM5 hingga RM6 termasuk pengangkutan. Ayam 3 kilogram bermakna RM17.36 lepas tolak bulu susut 0.25 kilogram.

“Jadi 2.75 kilogram kali harga RM6.99 jadi RM19.22 sen. Modal 3 kilogram seekor boleh untung RM1.86 sen. Kalau proses 10,000 ekor dapat RM18,600 keutungan.

“Kos pekerja tolak RM2,000, jadi untung RM16,000 sehari,” jelasnya.

Jukee turut mendakwa segelintir peniaga Melayu yang mahu meraih keutungan besar daripada penjualan ayam.

Terdahulu, tular di media sosial apabila Jukee Ayam menjual ayam pada harga RM6.99 sekilogram, jauh lebih rendah berbanding harga siling RM9.40 sekilogram yang diumumkan kerajaan.

  • buletintv3