SHAH ALAM, 29 MAC 2023 – Lajnah Kebajikan Muslimat PAS Shah Alam turun padang segera setelah mendapat aduan dari Acik Yati merupakan Ketua Muslimat PAS Cawangan Seksyen 19 tentang seorang peniaga malang yang diduga dalam bulan Ramadan.
Peniaga yang dikenali sebagai Puan Noralwa menceritakan kejadiannya semalam di mana angin ribut telah mengakibatkn gerainya terbalik dan memusnahkan kuih-muih yang menjadi punca pendapatan utama bagi keluarganya.
Justeru itu wakil dari Lajnah Kebajikan Muslimat, Ketua Halwa dan Pemuda Prihatin Selangor turun menghulurkan sumbangan untuk meringankan beban kewangan untuk memberi suntikan semangat kepada peniaga yang terjejas ini.
Ketua Kebajikan Muslimat PAS Shah Alam Puan Syapiah Othman berkata beberapa individu termasuk NGO juga turut sama menyerahkan sumbangan terdiri daripada penduduk-penduduk Laman Seri, Unit Pengurusan Jenazah Seksyen 13 dan Pemuda PAS Shah Alam.
“Saya berharap agar bantuan ini dapat meringankan beban ditanggung apatah lagi Puan Noralwa mempunyai 6 orang anak dari usia 13 tahun dan yang paling kecil berumur setahun.” Katanya kepada wartawan M’Fast.
Hanisya@OmakKau – Media Fastaqim