• Thu. Sep 21st, 2023

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Netizen gasak JKOM, keluarkan kajian belanja dapur keluarga hanya RM391 sebulan

Jul 12, 2023
Spread the love

Kerajaan dakwa belanja dapur keluarga RM391 sebulan

Kerajaan mendakwa belanja dapur empat sekeluarga dengan gaji minimum RM1,500 sebanyak RM391 sebulan atau RM97.75 seminggu.

Dakwaan ini dibuat oleh Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) bagi menjawab persoalan benarkah belanja dapur antara RM200 ke RM500 sebulan.

JKOM membariskan contoh perbelanjaan sekeluarga melibatkan ayam, beras, minyak masak, telur, roti dan gas masak.

Berdasarkan infografik yang dikeluarkan JKOM, harga ayam dianggarkan sekitar RM18.80 seekor dan dengan anggaran satu keluarga membeli dua ekor seminggu, ia bermakna perbelanjaan mereka sebanyak RM37.60.

Begitu juga dengan harga minyak masak paket yang berharga RM6.90 sekilogram, roti Gardenia RM4.30 sen, beras 10 kilogram RM38, telur sepapan RM14 dan gas tong 10 kilogram RM19.

Berdasarkan anggaran perbelanjaan itu, JKOM menganggarkan satu keluarga berbelanja sekitar RM97.75 sen seminggu untuk keperluan barangan dapur.

Infografik itu mengundang kritikan dengan ramai menyifatkannya sebagai tidak realisitik kerana perbelanjaan itu tidak termasuk keperluan asas lain seperti gula, susu, bawang dan sayuran.

Setakat ini, infografik yang dimuatnaik di Facebook JKOM itu mendapat lebih 3,000 komen dan dikongsi lebih 2,000 pengguna, dengan ramai yang berpendapat ia tidak berasas.

Terdahulu, beberapa media sosial membangkitkan isu kenaikan harga barang, mendakwa perbelanjaan RM500 sebulan diperlukan untuk membeli barangan runcit untuk empat isi rumah sekarang berbanding RM200 sebelum ini.

Dipercayai hantaran berkenaan berasal dari laporan sebuah akhbar yang mengandungi tajuk sama.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil kemudian berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah ditugaskan untuk menyiasat hantaran media sosial tersebut, yang disyaki dibuat secara salinan dan ditularkan.

“Ini dipanggil coordinated inauthentic behaviour (tingkah laku tidak tulen yang diselaraskan) jelas melanggar beberapa peraturan,” katanya.

Namun Presiden Dewan Perniagaan dan Industri India Kuala Lumpur dan Selangor (KLSICCI) Nivas Ragavan dilaporkan berkata Menurut Utusan Malaysia, harga barang dijangka meningkat sebanyak 20 peratus pada Oktober nanti.

Menurut Utusan Malaysia, Ragavan berkata dia berkata peningkatan itu didorong dua faktor utama iaitu inflasi import dan peningkatan kos operasi perniagaan di Malaysia.

Dia berkata pihaknya mendapati terdapat peningkatan 20 peratus dalam kos pengeluaran dan operasi dalam kalangan ahli KLSICCI sejak Januari lalu.

Bagaimanapun Fahmi menolak jangkaan peningkatan itu, berkata kadar inflasi yang dicatatkan setakat ini menunjukkan trend penurunan.

Malah, dia berkata beberapa petunjuk ekonomi pada tahun ini adalah lebih baik berbanding tahun sebelumnya.