SHAH ALAM, 25 OGOS 2021 – Setiap kali bencana melanda, akan kelihatan team ‘semut merah’ ni turun bagi bantuan kemanusiaan. Mereka adalah anggota Jabatan Amal Malaysia yang tak pernah rasa lelah untuk turun walaupun di mana sahaja tempat yang memerlukan.
Mereka juga antara yang awal tiba menghulurkan bantuan di Yan Kedah. Ada yang bantu cuci rumah. Ada yang bantu memasak untuk mangsa dan petugas.
Sama juga dengan Jabatan Amal PAS Shah Alam yang paling awal masuk ke perumahan penduduk menghantar bekalan air ketika Selangor dilanda krisis ketiadaan air hampir setiap bulan.
Inilah anak muda kebanggaan PAS. Mereka walaupun ada yang dipanggil untuk berkhidmat di saat-saat akhir kerana tidak cukup anggota untuk membantu, mereka tetap turun menyahut seruan daripada pimpinan mereka meskipun terpaksa mengorbankan hari cuti santai mereka bersama keluarga yang tersayang.
Mereka inilah yang menabur budi secara gotong-royong tanpa bayaran sesen pun dengan slogan yang sangat luar biasa, “BERAMAL KERANA ALLAH”.
Manakala anak muda berbaju Hitam pula sibuk mengatur aktiviti yang kononnya membuktikan anak-anak muda membenci kerajaan.
Anak-anak muda ini dengan bangganya menunjukkan perangai hodoh dan kurang ajar dengan menunjukkan isyarat lucah! Ada pula yang bartatu di badan. Astaghfirullahalazim.
Anak Muda Hitam vs Anak Muda Merah yang mana satu pilihan hati?
Salute Tentera Merah..