• Sun. Feb 25th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

“Next time try harder aa” selamba Sanusi kantoikan Nik Nazmi isu Tanah Rizab

Apr 3, 2023
Spread the love

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor membidas kenyataan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkaitan Tanah Rizab Melayu (TRM) di negeri itu.

Dalam satu kenyataan malam tadi (2 April 2023) beliau menjelaskan keluasan asal TRM di Kedah pada 1933 mengikut warta Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) ialah 721,496.949 hektar.

Katanya daripada tahun 1933 hingga 19 Januari 2023, jumlah keluasan TRM yang dicabut keluar adalah 4,751.369 hektar dan diganti balik seluas 5,160.034 hektar.

“Ini menjadikan keluasan TRM di Kedah pada Januari 2023 ialah seluas 721,905.613 hektar,” katanya.

Muhammad Sanusi berkata angka ini menunjukkan berlaku peningkatan keluasan TRM lebih kurang 408 hektar pada 2023, berbanding keluasan pada 1933.

“Inilah keluasan yang direkodkan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah. Inilah angka yang menjadi pegangan Kerajaan Negeri Kedah pada hari ini.

“Hello my friend, next time you try harder aaa .. and dont play play,” katanya sambil memuat naik kenyataan Nik Nazmi berhubung TRM di Kedah, Perak dan Kuala Lumpur pada 29 Mac lalu.

Dalam laporan dipetik daripada Awani, Nik Nazmi berkata keluasan kawasan pewartaan Tanah Rizab Melayu di Kedah menurun daripada 721,888.93 hektar pada 2021 kepada 716,537.28 hektar pada tahun lepas.

Beliau juga memaklumkan kepada Dewan Rakyat, pihaknya merekodkan data keluasan ini berdasarkan kepada kutipan data daripada Pihak Berkuasa Negeri di Semenanjung Malaysia.

“Kalau kita lihat secara terperinci antara tahun 2021 dan 2022, setiap negeri mencatat peningkatan Tanah Rizab Melayu kecuali Kedah, yang menurun daripada 721,888.93 hektar kepada 716,537.28 hektar.

“Kuala Lumpur, daripada 1,003.56 hektar kepada 999.48 hektar dan Perak, daripada 953,042.67 hektar kepada 953,040.87 hektar.

“Negeri-negeri lain semua mencatat peningkatan termasuklah jumlah besar Tanah Rizab Melayu di seluruh Semenanjung Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abd Mutalib yang meminta kerajaan menyatakan jumlah keluasan asal Tanah Rizab Melayu mengikut negeri di Semenanjung.