• Fri. Jun 2nd, 2023

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

NGO anjur Muzakarah 113 Cendekiawan buat tuntutan PRU15

Nov 2, 2022
Spread the love

Muzakarah 113 Cendekiawan, Pemuka Melayu Islam dan NGO2 Islam
(MENJELANG PRU-15)

PRU 15 diramalkan piliharaya yang paling penting, getir dan sengit bagi mengekalkan kedaulatan negara ini yang bertunjangkan kepada kuasa politik Melayu Islam dan Raja Melayu Berpelembagaan.

Kegagalan mengekalkan kuasa politik Melayu Islam merupakan ancaman yang paling besar yang akan menganggu gugat kedaulatan agama, bangsa dan negara.

Permuafakatan dan penyatuan ummah adalah kunci paling penting bagi mengekalkan ‘kuasa’ yang sudah bagaikan seperti “telur berada di hujung tanduk”.

Oleh sebab itu., muzakarah ini adalah wadah paling penting kepada masa depan negara ini, dan persidangan hari ini juga akan menetapkan pancang- pancang utama yang akan kita tuntut untuk dipertahankan oleh mana-mana ahli politik dan parti yang menang yang akan membentuk kerajaan.

Maka, persepakatan cendekiawan, pemuka melayu Islam dan pimpinan NGO ini, akan memuktamatkan tuntutan penting yang terkait rapat dengan wawasan dan gagasan negara pada masa hadapan demi kestabilan dan kedaulatan negara ini terpelihara.

Objektif Muzakarah ini :

1.  Muzakarah ini menjadi Wadah Penyatuan Ummat demi kedaulatan Agama, Bangsa dan Negara ;
2.  Mengangkat gagasan dan wawasan negara, peranan NGO sebagai ‘3rd force’ ;
3.  Menyelaras Resolusi Tuntutan NGO bagi memperkukuhkan kedaulatan dan agenda pembangunan negara.

Tarikh. : 12 Nov 2022 (Sabtu)
Masa. : 8.30 – 1.20 Tengahari
Tempat : Hotel IDEAS Jalan Raja Laut Kuala Lumpur.

Tentatif Program

8.00- 9.00am Pendaftaran Sarapan

9.00- Ucapan Pengerusi Ummah

9.15- Pembentangan Tuntutan Wakil NGO ( 10 minit) Slide Power Point.

1.  Sdr Yazid Othman MTEM- Tuntutan Perkasa Ekonomi Rakyat dan Negara.
2.  Sdr Faizuddin MBIM-Tuntutan Belia Malaysia.
3.  Dato Mohammad bin Abdullah YDP PUM WP-Ciri-ciri Pemimpin Menurut Islam.
4.  Dato Nakhaie Ahmad-Tuntutan Membentuk Gelombang Dakwah Negara.
5.  Ust Dasuki Abdul Rani- Hak Berdakwah,Tahfiz, Pondok dan SAR, GU.
6.  Ybhg Cikgu Azmi Abdul Hamid- Tuntutan Memperkasa Pendidikan Islam UA dan US
7.  Prof Dr Roslan Mohd Nor- Tuntutan Tolak Doktrin Basic Structure- DAULAT
8.  Prof Ds Dr Awang Sariyan-Tuntutan Memartabatkan Bahasa Melayu.
9.  Dr Azizi 
10. Ust Azizee Hassan-Tuntutan Memkasa Peranan Guru Dalam Pendidikan
11. Tan Sri Prof Ibrahim Abu Shah- Tuntutan Memkasa Pendidikan Tinggi.
12. Pn Zaharah Sulaiman-Tuntutan Kembali Kekalkan Tanah Rezeb Melayu
13. Prof Dato Naser Disa- Tuntutan Pertahan Kedaulatan Negara-Patriotisme
14. Prof Dr Kamaruzaman Yusof (KAYU)-Analisis Kuasa Politik Melayu Islam
15. Prof Badlisham Mohd Nasir-Tuntutan Memkasa Penyatuan Ummah.

11.45 Sumbangsaran Peserta Jemputan (20 peserta- 3 minit)

12.45 Pengumuman Resolusi-Pengerusi Ummah

12.50 Sidang Media

1.30 Program Bersurai dan Makan Tengahari.

Program anjuran UMMAH dan kerjasama MAPIM,MTEM,DAULAT, IGURU, PERKIM,PLM, GENG USTAZ, MAPPIM dan NGO2 Islam.

Jemputan :

Cendekiawan, NGI dan NGO.

Jumlah keseluruhan peserta jemputan 113 orang