KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka sekali lagi menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata peratusan seawal Julai ini, demikian menurut penganalisis.
Jangkaan itu dibuat bersandarkan kepada unjuran perkembangan ekonomi dipacu permintaan domestik yang kukuh berikutan pemulihan pekerjaan dan paras pendapatan lebih baik.
Ia juga akan mengambil kira kadar inflasi yang dijangka kekal tinggi walaupun mula menyederhana tahun ini.
- BH