• Fri. Jun 2nd, 2023

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Padu Razman sekolahkan Khairuddin Takiri isu gesa ahli PAS undi BN

Nov 2, 2022
Spread the love

Kecoh di media sosial berikutan isu Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali menggesa ahli dan penyokong Pas mengundi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis berucap pada Program Bersama Veteran UMNO di Pekarangan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir baru-baru ini.

Sehubungan dengan itu Persuruhjaya PAS Negeri Perak YB Tuan Haji Razman Zakaria atau lebuh mesra dipanggil Pak Teh bingkai menjawab dalam nada selamba gesaan Khairuddin yang dilihat semakin mesra dengan Barisan Nasional.

“Pak Teh nak bagitau bahawasanya, kemana dia nak bawak negara kita ni?”

“Yang pertama memang kita wajib menolak PH kerana mudarat yang lebih besar” Tetapi juga kita ada alternatif yang lebih baik.”

“Pertama, Barisan Nasional ini sebagaimana yang kita telah kembalikan kuasanya, dia nak berkuasa bersendirian, tak mau kongsi dengan PAS, tak mau kongsi dengan BERSATU, kerana dia nak melakukan apa saja yang boleh mereka buat.”

“Jadi pilihanraya yang ke 15 ini, kalau kita nak menyelamatkan negara, rakyat Malaysia mesti mengundi Perikatan Nasional.”

“Sebab apa, sebab Perikatan Nasional ada PAS. Dalam PAS ada sejarah memerintah negeri tidak ada satu pun kes rasuah, dan mereka-mereka daripada BERSATU dan parti-parti yang tidak ekstrimis yang ada bersama kita, Tan Sri Muhyiddin menegur kerosakan yang dibuat oleh UMNO nak memperbaikinya dan kemudian mereka dipecat.”

“Jadi sekarang dalam Perikatan Nasional adalah himpunan orang-orang baik membawa halatuju yang jelas untuk memerintah negara.”

“Tapi kalau bekas Setiausaha Majlis Syura ini menyeru untuk menyokong Barisan Nasional, bererti dia sendiri termasuk dalam kumpulan yang merosakkan (mengamalkan) kleptokrasi yang banyak lagi kes mahkamah. Dengar ucapan Presiden (Zahid Hamidi) dia.”

“Jadi tidak ada alternatif lain dalam pilihanraya yang akan datang, orang muda, orang tua, melayu, cina dan sebagainya kalau nak melihatnya negara kita ini dalam keadaan yang stabil mestilah undi Perikatan Nasional.”

“Kerana ada semak imbang, mereka nak buat tak tentu hala kerana ada PAS di dalamnya.PAS boleh semak imbang.:

“Dan dalam kumpulan-kumpulan ini adalah mereka yang tidak mahu bersama UMNO. Mereka semua ahli UMNO, Tan Sri Muhyiddin pun lama jadi ahli UMNO tapi kerosakkan yang dibuat oleh UMNO sendiri yang kita tahu maka kalau diberi lagi kuasa, seolah-olah kita nak membawa negara kita ini jadi seperti Sri Lanka.”

“Bangkrup negara kita”

“Perikatan Nasional adalah pilihan terbaik dalam pilihanraya akan datang.”

“Balik mengundi, kita ubah kerajaan.”