• Fri. Oct 4th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Paip usang, apa rancangan kerajaan Selangor?

Jun 20, 2023
Spread the love
  1. Pencemaran sungai merupakan salah satu faktor yang menjejaskan sumber bekalan air bersih di Selangor, namun sistem perpaipan yang lemah juga turut memberi impak.
  2. Panjang keseluruhan paip di Selangor ialah sekitar 30,000 km, dan 20% daripada jumlah tersebut iaitu 6,000 km sudah mencapai status kritikal dan perlu ditukar dengan segera kerana kadar air tidak berhasil (NRW) di Selangor sudah mencecah 27.8% akibat masalah paip pecah.
  3. Menurut Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari, kerajaan Selangor boleh menukar secara keseluruhan paip yang telah usang ini, tetapi mengambil kira pertimbangan ekonomi, hanya kira-kira 150 km paip yang dapat ditukar setiap tahun.
  4. Jika mengambil kira purata 150 km setahun, untuk menggantikan sekurang-kurangnya 6,000 km paip yang telah usang ini, maka rakyat Selangor perlu menunggu sehingga 40 tahun untuk kerajaan Selangor menyelesaikan isu paip usang ini.
  5. Dalam jawapan lisan DUN Selangor pada Mac 2023, sebanyak RM193 juta diperuntukkan untuk kerja-kerja penggantian paip melibatkan sepanjang 118 km telah dianugerahkan tender dan 70 km lagi masih dalam fasa merangka kerja-kerja penggantian paip oleh Air Selangor.
  6. Mahal juga sebenarnyan kos tukar paip usang ini, hampir RM1 juta untuk 1 km, cuma sebagai negeri kaya yang mempunyai pendapatan tahunan sebanyak RM2 billion lebih, isu air ini perlu diberi keutamaan sebab ia melibatkan kepentingan rakyat terbanyak. Apa perancangan kerajaan untuk mempercepatkan lagi kerja?
  7. Jika kerajaan Pakatan Harapan tidak mampu menguruskan isu air ini dengan baik, rakyat Selangor perlu memberi sokongan kepada Perikatan Nasional untuk membawa hasrat rakyat ini.
  8. Sultan Selangor sudah pun berkenan untuk membubarkan DUN Selangor pada 23 Jun 2023, maka gendang pilihanraya sudah dipalu, masa untuk rakyat memilih masa depan yang lebih baik.
  9. Ayuh bersama-sama Perikatan Nasional merealisasikan hasrat #SelangorBaharu untuk kemakmuran bersama demi mencapai kemajuan yang diberkati.

Abdul Basith bin Abdul Halim
Ketua Penerangan
Pemuda PAS Selangor