Barisan Nasional ditolak selepas lebih 60 tahun menjadi kerajaan.
Rakyat memilih Pakatan Harapan dengan cita-cita kerajaan akan lebih baik.
Namun, ekonomi merudum, sehingga aset negara terjual lebih RM36 bilion dalam tempoh 500 hari.
Isu perkauman sengaja dicetuskan terutama yang mencabar kaum Melayu Islam.
Kedaulatan negara diancam dengan sewenangnya. Isu sindiket, LTTE, ICERD, penghinaan institusi Diraja bersilih ganti.
Sebaran ideologi-ideologi komunis dan liberal disebarkan secara terang-terangan.
Kementerian-kementerian kerajaan dimanipulasi untuk membawa agenda DAP.
Belum cerita lagi tentang pandemik COVID-19.
Walaupun telah diberi amaran, kerajaan bersikap tidak tegas dan lambat dalam mengambil tindakan. Akhirnya negara menjadi huru-hara, rakyat menjadi mangsa.
Dalam keadaan gawat sebegitu, timbul pula drama perletakan jawatan.
Setelah sekian lama retak, akhirnya kerajaan PH pecah ditengah-tengah krisis. Meninggalkan negara dalam kekacauan.
Kesan daripada ‘bad governance’ Pakatan Harapan, muncul kerajaan PN mengambil-alih pentadbiran.
Memimpin dalam tempoh yang singkat, PN berjaya membantu rakyat menangani krisis, memberi bantuan-bantuan dari sudut ekonomi, dan pemberian suntikan vaksin.
PN juga mendapat pengiktirafan dunia sebagai kerajaan terbaik dalam menjalankan usaha pemulihan Covid-19.
Inilah beza tadbir urus yang baik dan tadbir urus yang buruk dalam sesebuah kerajaan.
“Good governance” akan memberi kesan baik untuk kestabilan kerajaan, manakala “bad governance” memberi kesan yang sebaliknya.
Rakyat perlu memilih kerajaan yang tepat untuk menjamin urus tadbir yang baik dan stabil.