Mengimbas Kembali PRN Selangor yang masih lagi segar dalam ingatan kita semua, syabas kepada gabungan parti politik Perikatan Nasional yang berjaya merampas 22 kerusi daripada sejumlah 56 kerusi dalam DUN Selangor.
Susulan Perikatan Nasional berjaya memenangi 22 kerusi di Selangor dalam PRN lepas, Pakatan Harapan (PH) sudah sedar akan tidak selamat kedudukan kerajaan PH di Selangor. Kerajaan PH Selangor sudah kehilangan 2/3 majoriti yang mereka nikmati semenjak tahun 2013. Kerajaan PHBN Selangor sekarang ini hanya bergantung kepada undi orang Bukan Melayu terutama Orang Cina Yang memberi hampir 99% undi kepada PH-DAP di Selangor. DAP telah berjaya mengekalkan rekod menang 100% daripada kerusi yang bertanding. Tetapi, sebaliknya parti yang berteraskan sokongan orang Melayu dalam PH telah mengalami kekalahan yang teruk. Calon PKR, bekas Exco Ustaz Zawawi Mughi telah tewas di Sungai Kandis dalam Parlimen Kota Raja. Parlimen Kota Raja ini majority pengundi Bukan Melayu tetapi Dun Sungai Kandis telah dimenangi oleh YB Wan Dzahanurin Ahmad dari PN.
Justeru itu, keruncingan undi Melayu dalam PH menyebabkan mereka putus asa dalam mendapat balik undi Melayu. Sebaliknya, PH mengeluarkan idea untuk menambah undi Bukan Melayu di Selangor bagi meningkatkan peluang mempertahankan Selangor dalam Pru16 nanti. Ahli Parlimen Petaling Jaya, YB Lee Chean Chung – Petaling Jaya telah mencadang supaya Kuala Lumpur dikembalikan ke Selangor. Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 di Dewan Rakyat hari semalam. Menurut beliau lagi, “Anak muda turut menikmati undi kedua untuk memilih Ahli Dewan Undangan Negeri yang berperanan memastikan infrastruktur asas lengkap, selain dapat memberi sumbangan dan bantuan terus kepada penduduk.”
Kita nampak kelicikan PH dalam memperbanyakkan kerusi Bukan Melayu dalam Dun Selangor supaya meningkatkan peluang mereka menang di Selangor. Seperti apa yang diberitahu oleh bekas ahli parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, orang Cina akan terus mengundi DAP dalam jangka masa 50 tahun akan datang. DAP akan terus menguasai dan menang dengan mudah di semua kawasan bandar yang majoritinya diduduki oleh penduduk Cina. Secara automatiknya, bila Kuala Lumpur dikembalikan ke Selangor, semua DUN dalam Kuala Lumpur akan dikuasai oleh PH. PH akan memerintah Selangor secara mutlak dalam tempoh 50 tahun akan datang.
Kita harus sentiasa berwaspada dengan agenda PH yang licik. Dulu mereka mendesak supaya diadakan pemilihan pihak berkuasa tempatan, kini dengan cadangan kembalikan Kuala Lumpur kepada Selangor. Adakah ke hadapan, mereka akan membuat persempadanan semula persempadanan semula kawasan pilihan raya?
Low Lee Leong
14 September 2023