Tiga lagi ahli dewan undangan negeri Amanah dari Johor, disahkan menyertai PKR membabitkan Adun Senggarang Khairuddin A Rahim; Adun Serom Faizul Amri Adnan; dan Adun Mahkota, Muhamad Said Jonit.
Perkara itu disahkan oleh Khairudin dan tiga sumber daripada PKR.
Tahun lepas, dua Adun Amanah dari Selangor – Adun Meru Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar serta Adun Sabak, Ahmad Mustain Othman – turut menyertai PKR.
Khairuddin memberitahu bahawa permohonannya yang dihantar September tahun lalu, diterima kira-kira pada Oktober tahun sama, namun tidak mengheboh-hebohkannya untuk menjaga hubungan antara parti.
Pagi tadi, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata ketika parlimen mungkin bersidang tidak lama lagi, ada pihak yang berusaha mengumpan ahli parlimen pembangkang untuk bertukar sokongan.