• Mon. Dec 9th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

PANAS!! LGM tuntut SedarMalaysia mohon maaf, gantirugi RM10 juta

Spread the love

Lembaga Getah Malaysia (LGM) melalui LGM Properties Corporation (LGMPC) menuntut SedarMalaysia memohon maaf secara terbuka dan membayar ganti rugi RM10 juta atas tuduhan fitnah berhubung isu pajakan dan penjualan tanah miliknya termasuk membabitkan hasil ketirisan RM5.8 juta.

Notis tuntutan dihantar firma guaman Srihana Mohamad & Partners hari ini, turut meminta badan bukan kerajaan (NGO) itu menarik balik artikel di Facebook (FB) dalam tempoh tujuh hari.

LGMPC berkata, pihaknya sebelum ini sudah memberi tempoh 48 jam kepada SedarMalaysia supaya memohon maaf dan memadam artikel mengenai skandal penjualan tanah LGM di FB mereka namun gagal dipenuhi.

“LGMPC telah memberikan tempoh 48 jam kepada SedarMalaysia untuk menurunkan artikel berkaitan LGMPC dan memberi kenyataan permohonan maaf secara terbuka serta siaran permohonan maaf tersebut di saluran media arus perdana, media sosial dan laman sesawang terlibat melalui kenyataan media pada 31 Mei, namun LGMPC mendapati SedarMalaysia gagal memenuhi tuntutan tersebut.

“Sehubungan itu, LGMPC mengarahkan tetuan Srihana Mohamad & Partners meneruskan tindakan undang-undang secara terancang terhadap SedarMalaysia bagi menjaga reputasi dan melindungi kepentingan LGMPC,” katanya dalam kenyataan.

Pada 27 Mei lalu, NGO itu mendedahkan beberapa surat rasmi bertarikh 18 Disember, 6 Januari dan 11 Mac yang didakwa berkaitan tanah milik LGM dan penglibatan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Khairuddin Aman Razali dalam skandal tanah itu.

Khairuddin didakwa meluluskan pajakan tanah di Lot 20013 Jalan Ampang kepada Al-Noor Foundation pada harga 70 sen sekaki persegi berbanding harga pasaran RM2.50 sekaki untuk tempoh 15+10 tahun, dengan kenaikan kadar pajakan 10% setiap lima tahun.

Dakwaan kedua membabitkan Lot 20012 di Jalan Ampang seluas 8.89 ekar yang dicadang dijual kepada Eurowhite Sdn Bhd pada harga RM1,032.92 sekaki, sedangkan harga pasaran sekitar RM1,400 sekaki.