• Sun. Jun 4th, 2023

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

PANAS!! Polis sahkan terima laporan terhadap MB Selangor kes projek sungai RM700 juta

Mar 1, 2023
Spread the love

Polis mengesahkan menerima laporan berhubung dakwaan pembabitan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dengan sebuah syarikat yang didakwa menerima projek bernilai RM700 juta secara rundingan terus daripada kerajaan negeri.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, laporan polis itu dibuat di Balai Polis Kinrara pada 2 petang tadi.

“Ya saya sahkan kita ada menerima laporan polis berkaitan perkara berkenaan sebentar tadi,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Laporan polis itu dibuat oleh Ketua Penerangan Perikatan Nasional Selangor, Mohd Shukor Mustaffa, katanya.