• Sun. Feb 25th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

PANAS! UMNO tuntut formula Rafizi

May 31, 2023
Spread the love

Rakan sekutu Pakatan Harapan (PH), UMNO hari ini menuntut formula daripada daripada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yang terkenal memiliki banyak formula sebelum ini.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakashi berkata sehingga kini masih belum ada langkah signifikan dilakukan Rafizi.

“Rakyat belum nampak langkah signifikan yang Rafizi buat untuk ekonomi negara.

“Sekurang kurangnya polisi baru ‘ekonomi rakyat’. Mana dia dasar yang lebih baik daripada BRIM (Bantuan Rakyat 1Malaysia),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Puad mempersoalkan persiapan Rafizi sebagai menteri dan menyindir Timbalan Presiden PKR itu susulan memiliki banyak formula ketika menjadi pembangkang.

“Apakah Rafizi tiada persiapan untuk jadi menteri. Itu masalahnya bila banyak sangat formula sebelum jadi Menteri. Bila jadi menteri tidak boleh biasa biasa. Mesti luar biasa.

“Jangan nanti rakyat kata ‘Rafizi turun, ringgit naik’. Agaknya itu punca timbul cerita akan berlaku rombakan kabinet. Menteri kena luar biasa untuk pertahankan kerajaan perpaduan,” katanya.

Semalam, Rafizi berkata menguruskan ekonomi negara perlu dilihat dalam perspektif menyeluruh kerana ia bukannya semata-mata ditentukan oleh nilai mata wang.

Katanya lagi, banyak perkara perlu dilihat termasuk soal pertumbuhan ekonomi, inflasi, kadar kutipan hasil negara dan fiskal defisit.