• Mon. Dec 9th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Papagomo dedah ‘wayang’ Asyraf Wajdi dalam PAU kali ini

Jun 8, 2023
Spread the love

“Wayang Pemuda UMNO Acap & Budak nya”

Wayang nak kena cantik PAU kali ni terutama bagi menampakkan Pemuda UMNO tak sebulu dengan kepimpinan parti Zahid Hamidi.

Sama lah modus operandi waktu selepas Asyraf Wajdi dilantik Ketua Pemuda dulu. Dengan lantang desak Presiden Zahid Hamidi letak jawatan. Tindakan Acap itu mendapat reaksi yang pelbagai dan mengambarkan Acap Ketua Pemuda yang ada Prinsip, berani dan lain dari yang lain.

Tapi apa yang sebenarnya berlaku akhirnya? Acap hanya wayang dengan Zahid Hamidi bagi mengaburi mata ahli UMNO khususnya pemuda UMNO waktu itu. Realitinya mereka adalah puak yang sama iaitu ANWARINAS yang hari ini sudah menguasai UMNO.

Jadi kali ini episod yang sama juga akan berulang kembali. Ketua Pemuda pilihan Acap akan lawan Presiden Zahid Hamidi. Menampakkan Dia tak sebulu dengan Presiden terutama dalam isu DAP.

Maka bertepuk tangan lah Perwakilan pemuda UMNO yang hadir mempercayai yang Ketua Pemuda UMNO mereka ada “Telor” berani lawan keputusan Presiden.

Mereka ni boleh buat apa sahaja demi nak perbodohkan akar umbi UMNO dan itulah yang berlaku sejak Zahid Presiden parti hingga kan hari ini UMNO sudah tidak ada maruah bila mana bersekutu dengan DAP dan angkat peliwat sebagai Ketua.

Tapi Aku yakin, akar umbi UMNO diluar sana khususnya Pemuda UMNO tak akan termakan dengan lakon layar mereka puak ANWARINAS kerana mereka sudah kenal dengan jelas puak puak Anwarinas yang menunggang UMNO hari ini.

Wayang apa lagi mereka nak lakonkan menipu akar umbi UMNO?

Kredit Muhammad Azri @ Papagomo