• Fri. Dec 6th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

PAS Johor sokong penuh usaha penyatuan ummah

Sep 28, 2022
Spread the love

KENYATAAN MEDIA PAS JOHOR

PAS JOHOR MENYOKONG PENUH USAHA PENYATUAN UMMAH.

Firman Allah SWT :

اِنَّمَا الْمُؤْمِنُوْنَ اِخْوَةٌ فَاَصْلِحُوْا بَيْنَ اَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللّٰهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُوْنَ.

Mafhumnya : “Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah (perdamaian di atas dasar takwa) agar kamu mendapat rahmat”.

Surah Al-Hujuraat : 10

PAS sebuah parti yang dibina berdasarkan prinsip Perjuangan Rabbani dan kepatuhan kepada perintah Allah SWT meletakkan Al-Qur’an dan As-Sunnah sebagai rujukan.

Pendirian PAS dipandu oleh Majlis Syura Ulamak dan saf pimpinan PAS Pusat terus teguh membawa wadah Penyatuan Ummah yang menyeluruh demi memastikan masa depan umat Melayu Islam terjamin.

Sebarang tanggapan meletakkan umat Islam sebagai musuh utama adalah tertolak. UMNO bukan musuh utama kepada PAS, bahkan Pakatan Harapan PH lah yang menjadi musuh utama PAS dalam PRU 15.

PAS Johor secara tegas menyokong dan mendokong pendirian PAS Pusat terus menggerakkan usaha dakwah ke arah penyatuan ummah yang melibatkan PAS, Bersatu, UMNO/BN, Gerakan, GRS, GPS serta mana-mana parti yang tidak ekstrim dan tidak bersama Pakatan Harapan PH. Semoga penyatuan ummah ini akan menjadi kenyataan dan diberkati Allah.

‘Malaysia Sejahtera’

Abu Irfan Muhammad Al-Urduni,
Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Johor.

30 Safar 1444
27 September 2022