• Sun. Feb 25th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

PAS kesal intimidasi ke atas MB Kedah

Jun 8, 2023
Spread the love

PAS melahirkan rasa kesal dengan tindakan kerajaan PH-UMNO ke atas YAB Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berikutan siasatan isu sejarah pemilikan Pulau Pinang yang dikatakan MB sebagai milik Kedah mengikut fakta sejarah.

Jelas tindakan siasatan ke atas MB Kedah ini satu lagi episod hitam dalam sejarah demokrasi negara apatah lagi ketika kerajaan PH-UMNO melaungkan kononnya kebebasan bersuara.

MB Kedah hanya berkata berdasarkan fakta sejarah iaitu apabila ada pihak membayar pajakan tanah kepada pihak lain, amat jelas menggambarkan tanah tersebut seperti bukanlah dimiliki pembayar itu. Kenyataan ini juga dijelaskan oleh Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Walaupun tidak menafikan siasatan yang dijalankan polis adalah hak pihak berkuasa dan adalah prosedur biasa, namun tindakan ini dilihat sebagai ‘ketakutan’ kerajaan PH-UMNO terhadap perkara yang diangkat oleh YAB MB Kedah.

Sekali lagi kami melahirkan rasa kesal dengan tindakan ini kerana YAB MB Kedah hanya menyatakan fakta sejarah dalam pengetahuan beliau dan tidak menggugat ketenteraman seperti isu Kalimah Allah.

Kami berharap pihak berkuasa telus dalam siasatan dan melihat segala aspek termasuk fakta sejarah yang bukan rahsia lagi.

Malaysia Sejahtera

YB IR KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Penerangan PAS Pusat
Ahli Parlimen Jerantut
8 Jun 2023