• Fri. Jun 2nd, 2023

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

PAS sedia ganti UMNO

Dec 4, 2022
Spread the love

Orang UMNO masuk PAS itu biasa tetapi apabila orang PAS masuk UMNO ia jadi pelik bin ajaib.

Kerana apa yang dicari di dalam UMNO, boleh ditemui di dalam PAS. Namun, apa yang ada di dalam PAS belum tentu ada di dalam UMNO.

Dalam bab pengalaman, kedua-duanya merupakan parti tertua dan terbesar di Malaysia.

UMNO menyambut ulang tahun ke-76 tahun ini. Manakala PAS genap 71 tahun usianya pada November lalu.

Sebagaimana UMNO, PAS sangat berpengalaman, konsisten bahkan lebih baik dalam menjaga agama Islam dan bangsa Melayu.

Teringat kata-kata terkenal Allahyarham TG Nik Abdul Aziz,

“Sekiranya UMNO hendak melaksanakan Islam sebenar-benarnya, kita tidak akan lawan UMNO. Malah, haram kita melawan mereka.”

Inilah beza kita,

UMNO memperjuangkan bangsa, PAS memperjuangkan agama yang dengannya terpelihara semua bangsa.

Pemimpin UMNO terpalit dengan pelbagai kes rasuah dan salah laku manakala pemimpin PAS kekal bersih dan istiqamah berpegang kepada prinsip.

Pendirian UMNO sekarang untuk bersama DAP-PH demi peribadi dan kuasa menambahkan lagi jurang perbezaan.

Hikmahnya, ahli UMNO mula terbuka mata bahawa PAS lebih baik daripada UMNO.

Alhamdulillah, PAS melalui Perikatan Nasional meraih sokongan majoriti orang Melayu dalam PRU-15. UMNO pula mulai lemah dan berpecah.

Orang UMNO jangan risau, PAS terbuka untuk menerima ahli daripada mana-mana parti yang sudi bersama PAS membawa suara orang Melayu Islam di parlimen.

PAS sedia memikul tanggungjawab ini.