• Thu. Feb 6th, 2025

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

PAS Selangor serah sumbangan banjir buat ahli-ahli terkesan

Spread the love

BANTUAN BANJIR BUAT AHLI-AHLI PAS KAPAR

PAS Selangor telah mengenal-pasti seramai 1,472 orang ahlinya seluruh Selangor yang terjejas akibat musibah banjir 18 Disember tahun lalu.

Pagi ini Pesuruhjaya PAS Selangor YB Dato Dr Ahmad Yunus Hairi telah turun ke Parlimen Kapar untuk menyampaikan sebahagian bantuan berkenaan.

297 ahli PAS Kapar telah terjejas dan PAS Negeri memperuntukkan RM 17,820 untuk mangsa-mangsa di kawasan ini.

Turut hadir Dr Halimah Mohd Ali AJK PAS Pusat, Ustaz Nor Najhan Mohd Salleh Timbalan Pesuruhjaya 2, Tuan Hj Roslan Shahir Setiausaha Perhubungan dan pimpinan PAS Kawasan.