• Fri. Feb 23rd, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

PAS Shah Alam agih daging korban kepada asnaf Padang Jawa

Jul 1, 2023
Spread the love

SHAH ALAM, 1 JULAI 2023 – Yang Dipertua PAS Shah Alam, Ustaz Mohamed Sukri Omar bersama ahli jawatan kuasa bertugas mengagihkan daging korban dan sumbangan kepada fakir miskin dan asnaf sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

Program korban ini merupakan acara tahunan PAS Cawangan Padang Jawa dan disambut meriah oleh penduduk-penduduk Kawasan tersebut.

“Di kesempatan Aidiladha ini, kami
berkongsi rezeki dengan mengagihkan daging ibadah korban kepada keluarga asnaf dan mereka yang kurang berkemampuan seperti yang digalakkan dalam agama Islam.” Kata Ustaz Mohamed Sukri.

Kegembiraan jelas terpancar pada wajah penerima-penerima yang layak di Padang Jawa apabila menerima daging korban yang diagihkan kepada mereka hari ini.