SHAH ALAM, 18 APRIL 2022 – Tinggal beberapa hari lagi sebelum sambutan Aidilfitri, orang ramai dilihat mula pulang ke kampung halaman masing-masing untuk bercuti terutama yang menggunakan perkhidmatan awam seperti bas ekspres.
PAS Kawasan Shah Alam turun ke Terminal Bas Seksyen 17 bersama Muslimat dan Pemuda dengan membawa 150 pek berupa roti dan biskut raya tajaan MATAN CENTRE dalam Program Santuni Perantau balik ke kampung.
“Dengan agihan ini sedikit sebanyak ia memberi keceriaan kepada pengguna yang dalam perjalanan pulang ke kampung.” Kata Ketua Lajnah Kebajikan Muslimatnya Puan Syapiah Othman.
Program bermula jam 8 malam itu berakhir kira-kira jam 9 malam.
Kira-kira 20 Ahli Jawatankuasa terlibat dalam agihan berkenaan.