
SHAH ALAM, 9 APRIL 2023 – Program mingguan PAS Kawasan Shah Alam (PKSA) dengan agihan Bakul Prihatin Ramadhan diteruskan lagi dengan melibatkan 50 peserta yang diadakan di Dewan Annabawi, Islamic City Seksyen U12.
Program yang bermula jam 6.00 petang tersebut dianjurkan oleh Lajnah Kebajikan PKSA dengan kerjasama Lajnah Kebajikan Dewan-dewan. Selain barangan dapur, peserta turut menerima bantuan wang tunai yang disumbangkan oleh komuniti Laman Seri, Seksyen 13 Shah Alam.
Sumbangan disampaikan oleh Ustaz Muhammad Amir Yahaya, Timbalan YDP PKSA.
Menurut Muhammad Hamizan Nadri, Ketua Lajnah Kebajikan PKSA program tersebut dilaksanakan setiap hujung minggu semasa Ramadhan yang melibatkan penerima dalam kalangan penduduk di Shah Alam yang disumbangan oleh penaja utama, Maahad Tahfiz an-Nabawi.
Objektif utama program tersebut diadakan adalah untuk menyantuni masyarakat Shah Alam dan di samping merakyatkan PAS yang sedia bersama denyut nadi rakyat mendepani beban kenaikan kos sara hidup.
Program tersebut mendapat sambutan sangat baik daripada penduduk yang sabar menunggu dalam majlis hingga saat azan Maghrib dikumandangkan. Majlis diakhiri dengan semua petugas dan penerima sumbangan diraikan dengan jamuan berbuka puasa yang disumbangkan oleh Restoren Dapur Tokku.
Turut sama dalam program tersebut ialah Fakhrul Azman Khalidin (Naib YDP), Ustaz Aubidullah Fahim Ibrahim (Ketua Pemuda), Aliza Abdullah (Ketua Muslimat) serta pimpinan PAS Kawasan serta Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat. (Penerangan PKSA)