• Sun. Feb 25th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

PAS Shah Alam teruskan bakti buat asnaf melalui Program Bakul Ramadhan

Apr 3, 2023
Spread the love

SHAH ALAM, 2 MAC 2023 – Bulan Ramadhan Al-Mubarak merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan bagi seluruh umat Islam.

Oleh yang demikian, PAS Kawasan Shah Alam bersama Muslimat dan Pemuda telah menghidupkan Bulan Ramadhan dengan pelbagai aktiviti serta program keagamaan serta kebajikan selaras dengan membuka peluang kepada semua untuk mengejar ganjaran pahala di bulan Ramadhan dengan menyumbang.

Pada hari ini seramai 20 orang keluarga telah menerima sumbangan barang keperluan asas sumbangan dari MATAN Centre berserta wang tunai dari sumbangan Penduduk-penduduk Laman Sari Seksyen 13.

Sumbangan telah disempurnakan oleh Ketua Muslimat PAS Shah Alam Puan Aliza Abdullah dibantu oleh Puan Syapiah Othman dari Lajnah Kebajikan dan Masyarakat Muslimat bertempat di SATC Seksyen U12, Shah Alam.

“Pemberian bekalan asas makanan ini bukti kami prihatin terhadap masalah dan beban masyarakat.

“Ingatlah, anda tidak berseorangan kerana masih ada tangan yang boleh dicapai jika memerlukan. Ia diharap sedikit sebanyak dapat memudahkan serta meringankan beban masyarakat.” Ucapan Puan Aliza dalam Program Bakul Ramadan fasa kedua petang tadi.

Hanisya@OmakKau – Media Fastaqim