SHAH ALAM, 13 Nov 2020 – Esok merupakan perayaan Depavalli bagi penganut kaum Hindu. Kali pertama perayaan ini disambut dalam suasana norma baharu akibat daripada pandemik Covid-19.
Walaupun apa jua keadaannya suasana raya tetap disambut dengan apa cara sekali pun dan oleh itu juga PAS kawasan Shah Alam tidak ketinggalan meraikan mereka ini dengan mengadakan Sumbangan Kit Dapur sempena Depavalli kepada AJK DHPP dan penyokong telah di PASTI Ibnu Sina Taman Bukit Subang sebentar tadi.
Sumbangan telah diberi kepada 20 keluarga penduduk Taman Bukit Subang oleh TYDP PAS Shah Alam Sdr Abu Aliya Abdul Kadir diiringi oleh Ketua Pemuda Shah Alam Ustaz Aubidullah Fahin bersama Ustaz Muhammad Amin, turut bersama adalah AJK cawangan Taman Bukit Subang bagi menceriakan perayaan Deepavali.